Wednesday, 3 September 2014

Monday, 1 September 2014

TENTANG MEREKA

Pukul 11:37 PM.. sekarang aku tengah dengar lagu fynn jamal, then aku terpikir kenapa aku tak ceritakan saja apa yang aku suka tentang 2 blog yang aku suka ni.. www.fynnjamal.blogspot.com dan www.zahiriladzim.blogspot.com.. so aku pun start menulis entri ke-3 pada malam yang sama.

 Zahiril Adzim.. seorang pelakon yang aku mula minat semenjak drama JUVANA. Mulanya aku cuma kagum tentang lakonannya dan aku mula mengikuti perkembangannya dan aku telah terjumpa blognya yang ayatnya puitis dan berbunga yang mulanya agak susah untuk aku memahami.. hahah.. 
nak ketawa aku bila teringatkan yang beberapa tahun lepas zahiril adzim ataupun "Daim" ini hanyalah aku lihat di kaca tv sebagai "extra" dalam drama remaja kesukaanku bertajuk "KAMI". Agak benci aku dengan watak beliau yang menjadi seorang pengedar dadah.. lol.. oh sekarang dia dah berkhawin dan mempunyai seorang anak yang sangattt comel.. dan aku tetap setia menyokong beliau..

Fynn Jamal.. seorang wanita yang aku mula ingin mengenali awal tahun ini.. aku mula dengan melihat gambar Arjuna, anak fynn jamal yang cerdik dan comel.. dan aku juga seperti biasa "mengecheck" tentang latar belakang beliau dan aku sangat menghormati beliau yang telah menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan dalam hidupnya.. fynn jamal ataupun kokping ini juga seorang yang puitis dalam penulisannya.. blognya yang sebelum ini www.puisitepijalan.blogspot.com mempunyai kisah-kisah yang membuatkan aku mahu mendekati dia dengan lebih dekat..

so aku rasa setakat ini cuma kisah aku tentang mereka.. sebenarnya aku dah mengantuk..

selamat malam dunia.. zzzzzzz..

hidup...

Ni kali kedua aku tulis blog ni.. haha.. malas punya budak.. blog sendiri pun biar bersawang.. sebenarnya aku tak biasa lagi nak tulis dan share perihal diri aku.. tapi aku akan try jugak la menulis walaupun tak sehebat fynnjamal dan zahiriladzim (blog favourite aku tuh..)

ha!!! arini aku quite happy coz KANG GARY released lagu baru.. tajuknya  BICYCLE.. 

my life getting better from the past year.. aku dah mula suka tempat aku belajar dri setahun yang lepas.. sumpah beberapa minggu dalam tahun lepas aku rasa tak ikhlas langsung datang alor setar ni.. aku start suka pun sebab kolej ni ada lecturer yang sempoi, kawan yang ngam ngan aku.. aku rasa depalah yang akan jadi kenangan manis aku bila aku dah tak berada kat kolej ni lagi.. (insyaallah bila dah graduate nanti la.. AMINNN!!!!...)

k ah.. banyak dah aku merepek kat sini.. harapan aku sebenarnya dapat tulis sesuatu yang berguna.. tapi lantoklee! next time maybe haha.. bye..

Friday, 22 August 2014

BLOG AKU

Blog pertama aku.. sebenarnya nak buat lama dah blog ni.. tapi malas... kuikui.. so disebabkan madam aku nak everyone in our class ada blog... so terciptalah BLOG AKU YANG PUNYA!!! muahaha... bye..


p/s aku adalah "kipas susah mati" RUNNINGMAN, KANG GARY, LEESSANG & MONDAY COUPLE.. so kalau aku nak post tentang itu semua aku punya suka hehe..